Piala Asia 2024 menyaksikan 24 buah pasukan bertanding di Qatar. Pasukan Malaysia akan berdepan Bahrain hari ini (Sabtu) sebelum menentang kumpulan teratas, Korea Selatan pada 25 Januari ini dengan peluang untuk mara ke pusingan kalah mati.
Walaupun Malaysia telah kalah dalam perlawanan menentang Jordan baru-baru ini, namun semangat pasukan Harimau Malaya ini dilihat semakin membara.
Tanpa semangat penyokong juga, memungkinkan pasukan Malaysia terus memasang langkah dan strategi maju ke depan.
Dari Batu Gajah ke Qatar, dua adik beradik yang merupakan penyokong tegar Harimau Malaya ini datang memberikan sokongan yang padu buat pemain-pemain Malaysia.
Apa yang lebih meruntun hati, salah seorang daripada mereka merupakan orang kurang upaya cacat penglihatan. Namun, itu bukan penghalang baginya untuk ‘melihat’ aksi pemain Malaysia.
Kedatangan mereka disana disambut baik oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin di hotel penginapan pasukan di Doha.
Rizwan yang ditemani abangnya Raff Iskandar menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan Malaysia.
“Kalau orang lain datang nak lihat Malaysia menang, saya nak dengar Malaysia menang,” katanya.
Dalam sesi tersebut juga, Rizwan dan Raff Iskandar sempat beramah mesra dengan ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon dan beberapa pemain.
Sumber: FAM Malaysia