Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kehidupan di rumah flat sering kali berdepan dengan pelbagai cabaran, termasuk isu tempat letak kereta. Perkongsian di TikTok oleh Ain Jasmine menarik perhatian ramai apabila beliau mendedahkan realiti mentaliti “cop parking” di kawasan rumah flat.
“Realiti duduk rumah flat murah, ada mentaliti cop parking. Bila parking dia dimasuki oleh orang lain, macam inilah yang berlaku. Kalau pemilik kereta tak muncul, setengah jam jugalah bunyi honnya.
“Kalau 1-2 jam tak ada orang keluarkan kereta, sepanjang itulah bunyi hon, non-stop. Hari tu, siap ada yang bergaduh kat parking lot sebab tak turunkan handbrake,” katanya.
Ain juga berkongsi pengalaman pahit suaminya ketika pertama kali mereka datang ke rumah tersebut.
“Masa first time datang nak membersihkan rumah pun, suami saya dah terkena. Sebab masa tu tak tahu lagi macam ni.
“Kesian dekat penduduk baru macam kami atau yang menyewa. Memang double park saja. Kalau balik terlalu lewat malam, penuh double park sepanjang jalan, tak ada kosong. Kena parking jauh,” ujarnya.
Reaksi Netizen
Perkongsian Ain mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen, dengan ramai yang berkongsi pengalaman serupa dan menyuarakan pandangan mengenai isu ini.
Seorang pengguna, Safuan, berkata, “Sebab tu la aku tak pernah sewa atau beli rumah flat untuk duduk sebab diorang fikir beli flat tu dapat sekali parking. Selesa beli rumah landed sekarang dan rasa selamat sebab ada security.”
Lane pula mengimbas kembali isu lama yang pernah tular, “Dulu ramai kecam prof UiTM sebab dia kecam B40, tapi lama-lama baru faham dan betullah apa yang dia cakap.”
Natasha turut berkongsi kisahnya, “I pernah kena, diorang cop-cop parking dan park yang ada tanda tu. You know what? Keempat-empat tayar kereta I kena pancit. Nasib baik flat sebelah Petronas je. Husband terus mengamuk dan cari siapa yang pancitkan tayar kereta I.”








