Usahawan dan pempengaruh popular, Kak KM berasa kecewa selepas satu parcel miliknya yang mengandungi produk jualan serta duit raya didakwa hilang dalam penghantaran oleh sebuah syarikat kurier.
Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, 44, berkata kejadian itu amat mengecewakan kerana parcel berkenaan sepatutnya sampai kepada pelanggan tetapi gagal dikesan hingga kini.
“Aku bila tak jujur ni aku boring, mungkin kita akan stop kan,” katanya dalam nada tegas, menggambarkan kekecewaannya terhadap tahap integriti syarikat kurier tersebut.
- ‘Ujian bertimpa-timpa datang, saya reda’ – Bapa Aliff Daniel
- Kematian bukan hanya tentang jenazah, tetapi mereka yang kita tinggalkan
- Pelajar berhijab dihalang ke sekolah, 37 ditahan susulan bantahan di Azerbaijan
- Nahas Jalan Kuching: CIMB zahir simpati, akan ambil tindakan sewajarnya
- ‘Jangan hukum saya berdasarkan cerita sebelah pihak’ – Marhamah Rosli
Menurutnya, isu kehilangan parcel bukanlah perkara baharu dan sudah beberapa kali berlaku, menyebabkan beliau kini mempertimbangkan untuk tidak lagi menggunakan perkhidmatan syarikat terbabit.
Katanya lagi, terdapat syarikat kurier lain yang jauh lebih bertanggungjawab dan setakat ini tidak pernah menimbulkan masalah serupa.
Sebagai seorang peniaga yang menguruskan ratusan penghantaran setiap hari, Kak KM menegaskan kepercayaan terhadap sistem penghantaran adalah sesuatu yang sangat penting dan kehilangan seperti ini tidak sepatutnya berlaku.








