PUTRAJAYA – Setelah menerima desakan dari pelbagai pihak, Kabinet akhirnya membuat keputusan skuad Harimau Malaysia akan terus bersaing dalam saingan bola sepak Piala AFF Suzuki di Yangon, Myanmar, Sabtu itu, lapor Berita Harian.
Keputusan Kabinet itu diumumkan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, jam 1 tengah hari tadi.
“Kabinet sudah berbincang mengenai isu Myanmar membabitkan etnik Rohingya dan membuat keputusan untuk terus selesaikan perlawanan di Myanmar. Tindakan diplomatik seterusnya akan dibuat selepas ini,” katanya.
Terdahulu, ramai yang mendesak skuad Harimau Malaysia menarik diri sebagai tanda protes pada kekejaman Myanmar terhadap penghapusan etnik Rohingya di negara itu.
Namun, FAM semalam menegaskan (FAM Takkan Tarik Diri) bahawa pihaknya tidak akan menarik diri kerana sukan bola sepak adalah berkecuali dari politik, agama dan semua aspek. – The Reporter