'Saya masih teruna' - Jefri Nichol nafi tiduri lebih 20 wanita | The Reporter

‘Saya masih teruna’ – Jefri Nichol nafi tiduri lebih 20 wanita

Jefri Nichol dan Ameera Khan tersenyum bersama dalam suasana santai di kawasan membeli-belah
Jefri Nichol dan Ameera Khan terus jadi perhatian peminat selepas hubungan mereka dilihat semakin serius

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelakon Indonesia, Jefri Nichol tampil menafikan dakwaan kononnya dia pernah meniduri lebih daripada 20 wanita, seperti yang tular selepas kemunculannya dalam sebuah podcast baru-baru ini.

Jefri menjelaskan bahawa kenyataan itu hanya satu gurauan dan tidak seharusnya diambil serius. Malah, dia turut bersumpah menafikan dakwaan tersebut bagi meredakan kekeliruan yang timbul dalam kalangan peminat.

“Kenyataan saya di podcast itu hanya sekadar bergurau sahaja, sumpah. Dan media telah memperbesarkan hal itu.

“Disebabkan perkara itu juga, kerjasama saya dengan beberapa jenama lain, turut terjejas.
Untuk pengetahuan semua, saya masih teruna,” katanya dalam satu video TikTok yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna platform berkenaan.

@atyyyyyyyyyyyyy

Ok makcik/pakcik bawang FB yg kecoh sangat kata ameera yg ke 21 la 22 la sila hadam ya. Nichol terpaksa berkata begitu di podcast kerana dia ambassador Vivo okay#nichol #LOVE #ameera #meerachol

♬ original sound – atyyyyyyyyyyyyy🇲🇾 – atyyyyyyyyyyyyy🇲🇾

Terdahulu, Jefri menjadi bualan ramai selepas ditanya dalam sebuah rancangan tentang jumlah wanita yang pernah dia tiduri, lalu menjawab secara berseloroh dengan memberi isyarat melebihi 20. Namun, susulan kecaman dan kekeliruan, dia memilih untuk memperbetulkan keadaan.

Kumpul duit untuk nikahi Ameera Khan

Dalam masa yang sama, bintang filem Dear Nathan itu turut mendedahkan bahawa dia sedang giat mengumpul wang untuk mendirikan rumah tangga bersama teman wanitanya, Ameera Khan. Dalam satu temu bual ringkas di TikTok, Jefri mengaku mereka sudah bersama sejak Januari dan dia melihat Ameera sebagai wanita yang layak dijadikan isteri.

@atyyyyyyyyyyyyy

Gimana nih temen” hahaha Nichol yang buat pengakuan aku yang tersenyum” macam aku yang nak dilamar hahahaha #LOVE #nichol #ameera #meerachol #miracle happens

♬ Tulang Rusuk – Sammy Simorangkir

“Saya ingin mengahwini Ameera. Dia mempunyai ciri-ciri seorang isteri. Cuma sekarang menunggu duit,” katanya yang turut menyifatkan Ameera sebagai seorang yang memahami, penyayang dan mengambil berat tentang kerjayanya.

Hubungan mereka dilihat semakin serius, malah kedua-duanya tidak segan berkongsi momen mesra bersama di media sosial, termasuk menyambut ulang tahun Jefri baru-baru ini. Walaupun belum mengumumkan tarikh rasmi, peminat sudah mula memberikan sokongan terhadap hubungan mereka yang semakin matang.

Related Posts