Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Baru-baru ni pihak berkuasa berjaya memberkas dalang disebalik kegiatan pensundalan yag secara aktif dilakukan di media sosial.
Tangkapan tersebut turut mendedahkan seorang individu yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ dan beberapa orang wanita yang disyaki terlibat dalam aktiviti tersebut.
Mahkamah Masjistret Kuala Lumpur telah mengenakan hukuman denda antara RM 2,500 hingga RM4,800 ke atas empat daripada enam wanita yang ditahan atas kesalahan memiliki video lucah dalam telefon bimbit dan peranti masing-masing. Dua lagi wanita bagaimanapun tidak mengaku bersalah.
Namun begitu, istilah ‘pelakon’ yang digunakan dalam laporan media mengenai isu ini tidak disenangi oleh pengarah terkenal, Erma Fatima.
“Kalau setakat berlakon jadi extra, harap janganlah hendaknya guna title pelakon ye. Kesian industri kami,” katanya.
Hantaran beliau dipersetui ramai termasuk beberapa selebriti. Antaranya, Fazura, Nad Zainal, Ummi Nazeera, dan ramai lagi.
Terdahulu, aktiviti pensundalan yang disyaki dilakukan oleh ‘Hot Daddy’ terbongkar apabila kegiatan mereka mula tular. Bagaimanapun, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, serta dua wanita masing-masing Norshazrina Md Zamri, 27, dan Norhidayah Mahadi, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Sumber: Erma Fatima