Antara senarai penting yang diperlukan oleh bakal pengantin bagi majlis perkahwinan adalah kad jemputan kahwin. Walaupun zaman sudah moden, tetapi kad jemputan ini digunakan secara tradisi sebagai satu jemputan secara rasmi.
Dalam melakar dan menyusun ayat kad jemputan, bakal pengantin dinasihatkan supaya tidak menulis kalimah Allah pada kad kemputan kahwin.
Menerusi perkongsian lelaki ini, dia menyatakan perkataan Assalamualaikum atau Bismillahirahmanirahim merupakan perkataan suci dan mulia.
“Perkataan Assalamu alaikum Waramah tullah” atau pun ‘Bismillahirahmanirahim itu bukan perkataan biasa. Ianya perkataan suci dan mulia. Jangan sesekali di tulis pada kad jemputan kawin mahupun kad ucapan. Baik dalam wording rumi lebih lebih lagi dalam tulisan arab atau jawi.
“Tak perlu pun tulis benda tu. Tak ada effect pun pada kad jemputan kawin tersebut. Kalau nak tulis juga, tulislah Salam sejahtera atau selamat sejahtera. Itu dah memadai untuk kita berbahasa didalam menjemput tetamu,” tulisnya.
Si penerima kad akan terima kesan dari segi penjagaan kesucian nama Allah
Ujarnya penerima kad tersebut akan menerima kesan dari segi penjagaan kesucian nama Allah jika kad tersebut tidak dibuang ketempat yang tidak sepatutnya.
“Implikasi kepada penerima kad yang jahil dari segi hukum menjaga kesucian nama Allah dan nama berkaitan syiar islam itu akan mengakibatkan dosa besar kerana tidak memelihara nama Allah jika kad tersebut di buang ketempat yang tidak sepatutnya. Apalagi ketempat yang keji seperti tong sampah dan kedalam longkang.
“Hukum memusnahkan kad atau sesuatu yang tercatat nama Allah atau syiar islam ada syarat dan hukumnya. Bukan boleh kita tauk dan campak begitu saja. Ini yang selalu orang tak ambil peduli sebab kejahilan,” katanya.
Dimusnahkan ikut hukum hakam
Nasihatnya agar kad jemputan itu dimusnahkan mengikut hukum hakam yang digariskan.
“Kalau ada dalam simpanan kad jemputan tersebut, musnahkanlah mengikut hukum hakam yang di gariskan. Janganlah dibuang, dilangkah dan sebagainya. Moga-moga kita tidak ulangi kesalahan yang telah kita buat berkali-kali itu terutama sekali bagi yang menghantar kad ucapan atau kad kawin.
“Cukuplah ditulis nama jemputan, tarikh, tempat dan waktu majlis saja,” katanya.
Sumber: Muharrik Daie