'Jangan sampai isteri hilang kepercayaan' - Jalaluddin Hassan titip pesanan buat lelaki - The Reporter

‘Jangan sampai isteri hilang kepercayaan’ – Jalaluddin Hassan titip pesanan buat lelaki

Sumber Gambar: Instagram Jalaluddin Hassan, Tangkap Layar TikTok rerzbong

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Dalam sesebuah perkahwinan, peranan sebagai suami dan isteri amat penting dalam memastikan perkahwinan itu kekal hingga ke akhirnya.

Sikap tolak ansur dan saling menghormati antara satu sama lain akan mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia.

Sebagai ‘orang lama’ dalam meniti alam perkahwinan, pelakon veteran, Dato’ Jalaluddin Hassan menerusi satu temu bual berkongsikan mengenai jasa dan pengorbanan seorang isteri.

https://www.tiktok.com/@rerzbong/video/7425339208589495559?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7428006285738739208

Katanya, jasa dan pengorbanan seorang isteri sangat besar.

“Pengorbanan isteri sangat besar dan kesetiaan dia pada kita (suami) berganda-ganda. Kita bagi sikit kasih sayang, dia balas lebih dari itu.

“Kepada suami di luar sana, jangan ambik mudah perasaan mereka. Cuba fahami perasaan mereka.

“Isteri tak mintak apa-apa, yang dia mahu hanya kasih sayang kita,” katanya.

Tambahnya lagi, sebagai suami, perlulah jaga hubungan itu supaya si isteri tidak akan hilang kepercayaan.

Sumber: TikTok rerzbong

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!