Anak lelaki bongsu penyanyi Izam EYE, Muhammad Umar Al Faroq bin Mohd Izam dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tengah malam tadi.
Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Izam menerusi hantaran di media sosial dengan memohon orang ramai mendoakan arwah anaknya.
“Innalillahiwainnailaihiraji’uun. Doakan anak lelaki bongsu saya ini ya sahabat-sahabat semua. Dia terlibat dengan kemalangan jalan raya pukul 12 tengah malam tadi dan telah meninggal dunia,” katanya.
Baca juga:
- Bekas peserta progam realiti dipenjara 10 hari, gagal bayar RM108,200
- Jururawat dedah Azhan Rani konsisten derma darah setiap dua minggu
- Pelakon wanita mengaku tak bersalah kes tuntutan palsu insentif PERKESO
Menurut Izam, jenazah anaknya kini berada di Hospital Serdang.
Beliau turut memaklumkan nama penuh anaknya, Muhammad Umar Al Faroq bin Mohd Izam, namun tidak berkongsi butiran lanjut mengenai lokasi atau punca sebenar kemalangan tersebut.
Ucapan takziah membanjiri ruangan komen hantaran berkenaan, dengan ramai mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat serta keluarga Ezam diberikan kekuatan menghadapi kehilangan itu.








