JAKIM siasat dakwaan ajaran menyimpang dalam program motivasi rumah tangga | The Reporter

JAKIM siasat dakwaan ajaran menyimpang dalam program motivasi rumah tangga

JAKIM dan JAIS jalankan siasatan dakwaan tular program motivasi keluarga.
Siasatan terperinci akan dilakukan JAKIM bersama pihak JAIS. Gambar: Malay Mail

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan bahawa pihaknya mengambil perhatian serius terhadap kebimbangan orang awam susulan penularan isu berkaitan penganjuran program motivasi rumah tangga yang dikenali sebagai eHATI di media sosial.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, JAKIM menjelaskan bahawa siasatan terperinci akan dijalankan bersama pihak berkuasa agama negeri Selangor bagi memastikan semua maklumat yang diperoleh adalah sahih sebelum sebarang tindakan diambil.

Baca juga:

“Langkah ini penting supaya sebarang tindakan yang diambil kelak adalah selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” jelas kenyataan itu.

JAKIM turut menegaskan bahawa pihaknya secara konsisten bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa agama negeri dalam menangani isu-isu berkaitan kepentingan umat Islam, khususnya melibatkan keharmonian institusi kekeluargaan, akhlak dan pemeliharaan nilai-nilai Islam.

“Usaha bersepadu ini merupakan sebahagian daripada komitmen JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri-negeri dalam mengekang sebarang gejala serta pengaruh budaya songsang yang boleh memesongkan masyarakat,”katanya.

Dalam pada itu, JAKIM turut menyeru seluruh rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, agar tidak terpengaruh dengan fahaman serta gaya hidup yang bertentangan dengan ajaran Islam dan nilai budaya tempatan.

“Orang ramai juga disaran untuk terus bekerjasama dengan JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri bagi menyalurkan sebarang maklumat berkaitan isu-isu yang timbul dan membantu menangani unsur yang bercanggah dengan syarak,” tambah kenyataan itu.

Related Posts