Pemenang pingat emas sukan tinju wanita Algeria, Imane Khelif dilaporkan akan memfailkan saman terhadap beberapa individu yang didakwa telah memuat naik hantaran yang disifatkan sebagai membuli di media sosial.
Individu-individu tersebut merupakan penulis terkenal Harry Potter, J.K Rowling dan pengasas jaringan X serta Tesla iaitu Elon Musk.
Khelif dikatakan telah membuat aduan jenayah kepada pihak berkuasa Perancis atas dakwaan gangguan siber yang dialaminya sepanjang berlangsungnya Olimpik Paris.
Menurut peguam Khelif, Nabil Boudi menyatakan saman itu telah difailkan kepada akaun X, dimana jika mengikut undang-undang Perancis, kes berkenaan difailkan kepada individu yang tidak dikenali bagi memasyikan pendakwaan mempunyai kebebasan untuk menyiasat individu yang terlibat termasuk mereka yang telah menyebarkan kebencian dan maklumat palsu.
“J. K. Rowling dan Elon Musk disebut dalam saman tersebut, antara lain,” katanya.
Selain dua individu tersebut, Donald Trump juga disebut dalam isu ini.
“Trump telah memuat naik hantaran di X, jadi sama ada beliau dinamakan dalam saman kami atau tidak, beliau pasti akan disiasat sebagai sebahagian daripada pendakwaan,” katanya.
Terdahulu, Khelif diselebungi kontroversi apabila ramai pihak yang mempertikaikan kemenangan beliau semasa menentang peninju dari Itali iaitu Angela Carini.
J.K Rowling menerusi hantaran di X menuduh Khelif sebagai lelaki dan menikmati kemenangan atas perbuatannya ke atas seorang wanita.
Trump pula didakwa telah memuat naik satu hantaran daripada pertarungan tersebut dengan menyatakan akan menghalang lelaki dari menyertai sukan wanita.
Manakala Elon Musk pula berkata lelaki tidak sepatutnya berada dalam sukan wanita.
Sumber: Variety