Seorang anggota polis, Rian Dwi Wicaksono, ditemui dalam keadaan terbakar teruk di garaj kediamannya dalam kejadian pada Sabtu, 8 Jun 2024, di Mojokerto, Indonesia. Ironinya, perbuatan itu dilakukan oleh isterinya sendiri, Fadhilatun Nikmah.
Ketua Polis Daerah Mojokerta, Daniel S Marunduri berkata, pasangan suami isteri itu adalah anggota poli
Menurut Ketua Polis Daerah Mojokerto Bandar, AKBP Daniel S Marunduri berkata, siasatan mendapati mangsa dan pelaku adalah pasangan suami isteri dan kedua-duanya merupakan anggota polis yang bertugas di daerah berlainan.
Selepas ditemui dalam keadaan terbakar, Rian segera dikejarkanke hospital untuk mendapatkan rawatan intensif. Malangnya, sehari selepas dirawat, mangsa meninggal dunia akibat luka terbakar 90 peratus.
Polis percaya, kes itu berpunca dari konflik rumah tangga yang dihadapi Rian dan isterinya.
Suspek, Fadhilatun, ditahan untuk membantu siasatan lanjut.
Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila Rian dan Fadhilatun pulang dari tempat kerja. Setibanya di rumah, mereka bertengkar di mana Fadhilatun berang dengan tabiat Rian yang suka menghabiskan wang gajinya untuk bermain judi online. Sedangkan mereka mempunyai tiga anak berusia 2 tahun dan kembar 4 bulan untuk disara.
Pertengkaran yang tidak menemui titik noktah itu membuatkan Fadhilatun nekad menyimbah petrol di muka dan badan Rian. Tidak jauh dari tempat kejadian ada sumber api dan terpercik lalu membakar mangsa.
Panik melihat suaminya terbakar, Fadhilatun segera membantu memadamkan api dengan bantuan beberapa jiran. Rian dikejarkan ke hospital dan Fadhilatun sempat memohon maaf kepada Rian di atas perbuatannya itu.