Seorang wanita hamil empat bulan dilaporkan maut, manakala suaminya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.
Dalam kejadian yang berlaku semalam di persimpangan lampu isyarat di Bukit Treh, Muar, pasangan itu jatuh terperosok di bawah tayar lori terbabit.
Menurut saksi kejadian, Siti Nor Farah Ain, 23, sempat menolak suaminya dari digilis tayar. Tetapi belum sempat suaminya cuba menyelamatkan dia, Siti Nor Farah digilis tayar kenderaan perdagangan yang membawa muatan berat itu.
“Dengarnya saksi nampak isteri sempat tolak suami dia. Tapi suami dia tak sempat nak tarik tangan dia.
“Kasih sayang seorang isteri. Arwah tengah mengandung waktu ini,” kata sumber.
Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Sumber: Muar Homeland