Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sebuah keluarga di Bogor, Jawa Barat, Indonesia menjadi mangsa rompakan dan penganiayaan yang menyebabkan pemilik rumah, Haris, meninggal dunia, dalam kejadian 18 September lalu.
Mayat Haris ditemui di dalam kereta yang diparkir di garaj kediaman, dengan kesan kecederaan di kepala dan jerutan di leher. Manakala isteri, anak dan ibu mertuanya mengalami kecederaan.
Lapor Tribun News, isteri pemilik rumah yang dikenali sebagai Resti, dikatakan kerap berkongsi proses pembinaan dan keadaan dalam rumah mewahnya di media sosial yang mengundang pelbagai komen netizen.
Sehari sebelum kejadian, Resti sempat berkongsi klip video singkat di TikTok yang menunjukkan bahagian dalamam rumah mewahnya kepada para pengikut. Resti mula berkongsi konten dalaman rumah semenjak Jun 2024.
Siasatan awal mendapati, kejadian rompakan itu dilakukan oleh empat suspek yang kini telah ditahan polis untuk tindakan lanjut.








