Israel dakwa Khamenei akan terima nasib seperti Saddam jika teruskan serangan | The Reporter

Israel dakwa Khamenei akan terima nasib seperti Saddam jika teruskan serangan

Menteri Pertahanan Israel Israel Katz beri amaran kepada Iran
Israel Katz beri kenyataan keras terhadap Khamenei, dakwa Iran akan terima nasib seperti Saddam jika teruskan serangan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


• Menteri Israel bandingkan Khamenei dengan Saddam sebagai amaran terhadap Iran
• Israel tuduh Iran punca ketegangan, walaupun serangan bermula dari pihak Israel
• Khamenei tegaskan pendirian untuk lawan rejim Zionis hingga ke akhir

Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz memberi amaran kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, yang beliau akan menerima nasib seperti Saddam Hussein jika Iran tidak menghentikan serangan balas ke atas Israel.

“Dia sepatutnya ingat apa yang terjadi kepada diktator negara jiran yang bertindak sedemikian terhadap Israel,” kata Katz, merujuk kepada bekas Presiden Iraq yang digulingkan dan dihukum mati selepas pencerobohan tentera Amerika Syarikat pada 2003.

Kenyataan itu dilihat sebagai ugutan terbuka terhadap kepimpinan Iran yang ketika ini lantang menentang tindakan ketenteraan Israel di Gaza dan wilayah lain.

Apa tujuan Israel bandingkan Khamenei dengan Saddam?

Saddam Hussein pernah melancarkan peluru berpandu Scud ke arah Israel ketika Perang Teluk 1991. Ketika itu, Israel tidak membalas serangan tersebut, namun kini retorik Israel lebih keras walaupun Iran bertindak sebagai respons kepada pencerobohan dan pembunuhan yang berlaku.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu sebelum ini juga berkata dalam temu bual bersama ABC bahawa, “Konflik ini tidak akan meningkat, sebaliknya akan berakhir,” jika Khamenei meninggal dunia. Kenyataan itu dilihat oleh ramai sebagai cubaan untuk menggambarkan pemimpin Iran sebagai punca konflik.

Namun, pemimpin Iran terus berpegang teguh pada pendirian mereka. Dalam ucapan Jumaat lalu, Ayatollah Khamenei menegaskan Iran tidak gentar dengan tekanan rejim Zionis.

“Rejim Zionis yang keji itu akan dimusnahkan,” tegasnya dalam ucapan yang disambut sorakan rakyat Iran dan penyokong Palestin di seluruh dunia.

Related Posts