'Ini rezeki dalam pertandingan, bukan saya yang berikan markah' - Jaclyn Victor minta peminat bertenang - The Reporter

‘Ini rezeki dalam pertandingan, bukan saya yang berikan markah’ – Jaclyn Victor minta peminat bertenang

Malam tadi, Jaclyn Victor telah dinobatkan sebagai juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV) dan melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 sumbangan Astro, pakej percutian ke Switzerland sumbangan Kaki Jalan, trofi serta hadiah lain.

Jaclyn membawakan lagu When You Believe nyanyian asal Whitney Houstan dan lagu duet Sandarkan Pada Kenangan nyanyian bersama Datuk Jamal Abdillah.

Bagaimanapun, kemenangan Jaclyn dikatakan telah dipertikai oleh netizen. Dan kemenangan tersebut kata mereka sepatutnya diberikan kepada penyanyi lain yang lebih memberikan persembahan terbaik.

Menerusi satu laporan, Jaclyn menyatakan kemenangan yang diperolehi adalah rezeki dan semua peserta telah diadili secara profesional oleh juri.

Adat pertandingan

Baginya, sudah menjadi adat sesebuah pertandingan ada yang menang dan sebaliknya.

“Saya harap peminat boleh bawa bertenang, bukan saya yang berikan markah. Saya sendiri pun berserah saja, tapi ini rezeki dalam pertandingan,” katanya.

Jaclyn juga berkata dia sendiri bersedia dengan sebarang kemungkinan dan berasa gembira jika peserta lain bergelar juara.

Dia turut mengulas mengenai persembahan dari Liza Hanim yang dilihat sangat baik namun penentuan kemenangan dalam ASGV bukan dia yang tentukan serta menganggap kesemua peserta pada malam itu berentap secara sihat dan menyokong antara satu sama lain.

Sumber: mStar

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!