Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Ketika ini ramai yang mula mengadu mengalami batuk-batuk kecil, demam, selesema dan sebagainya. Sesetengah individu memilih untuk merawat secara semulajadi apabila sudah pelbagai ubat-ubatan yang dicuba.
Baru- baru ini seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Aisya berkongsikan cara-cara untuk meredakan batuk dan juga penyakit asthma. Ramuan semulajadi yang dikongsikan itu juga dikatakan bagus untuk kecantikan kulit.
“Petua ni diambil dari seorang viewer ni. Selepas anak dia amalkan 2, 3 kali seminggu, sudah tak asthma,” katanya.
Bahan-bahan yang digunakan adalah buah lai atau Singa Pear yang dicuci dan dipotong atas. Seterusnya, keluarkan isi dalam.
“Letkkan kurma merah yang dibuang biji dan guntingkan Snow Fungus yang sudah direndam. Kemudian, masukkan Lily Bud, Goji dan gula batu ke dalam buah itu. Tambahkan sikit air panas, tutup cover dan stimkan dalam 30 minit,” katanya.
Katanya lagi, bahan utama yang digunakan sebenarnya hanyalah buah pear dengan gula batu sahaja, tetapi bahan-bahan lain mempunyai khasiat untuk paru-paru dan kulit.
“Lily Bud untuk tenangkan hati dan moisturize paru-paru, Snow Fungus bagus untuk kulit, Goji elok untuk mata dan anti-aging dan lotus feed bagi kurangkan kepanasan,” katanya.
Video yang dikongsikan itu telah meraih sebanyak 459,000 tontonan.
Sumber: Soyabelacan