Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Pelakon Liyana Jasmay baru-baru ini memuat naik satu video tanpa sebarang solekan di wajahnya ketika menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Menerusi hantaran itu, Liyana menyatakan dia tidak cukup tidur kerana menjalani penggambaran.
Di ruangan komen, seorang wanita memerli keadaan Liyana tanpa solekan. Dia mempersoalkan bagaimana suami Liyana boleh terpikat pada Liyana.
Tidak melatah dengan komen sedemikian, sebaliknya Liyana hanya membalas dengan satu video yang merakamkan kemesraan mereka sebagai pasangan suami isteri.
Walaupun Liyana tidak melatah dengan situasi tersebut, namun begitu ramai pihak yang mengecam tindakan wanita berkenaan. Pempengaruh dan usahawan, Caprice turut mengulas isu berkenaan.
Kata Caprice, sebelum mengecam seseorang, adakah individu tersebut melihat keadaan diri sendiri dulu.
“Yang duk kecam tu, cuba korang upload gambar tanpa filter? Makcik tengok tak wajah makcik sendiri?
“Kenapa setiap malam Jumaat tutup lampu? Kenapa? Bila bergosip dengan kawan, tengok tak muka masing-masing?
“Tak ada siapa yang sempurna. Makin tua, badan kita tak mantap tapi biar perangai kita semakin mantap,” katanya.
Rupa paras bukan segala-galanya
Pelakon Zain Saidin yang juga merupakan suami kepada Rozita Che Wan juga tidak terlepas mengulas isu berkenaan. Katanya, rupa bukanlah penanda aras untuk segala-galanya tetapi lebih kepada isi hati individu.
“Suami Liyana confirm bukan jatuh hati pada dia bukan setakat hanya rupa tapi isi hati Liyana.
“Macam saya, yang buat saya jatuh cinta dengan Che Ta bukan paras rupa, tapi budi bahasa dan isi hati dia, whole package. Rupa tak tahan. Kena faham benda tu,” katanya.
Sumber: Liyana Jasmay, Caprice, Zain Saidin