'Imam Wira' - Anak Betty Rahmad dipuji petah bercerita | The Reporter

‘Imam Wira’ – Anak Betty Rahmad dipuji petah bercerita

Sumber Gambar: Instagram Betty Rahmad

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Segala hantaran di media sosial dari selebriti mahupun pempengaruh seringkali menjadi tumpuan. Bukan sahaja kehidupan mereka, malahan anak-anak mereka turut menjadi perhatian netizen.

Telatah anak selebriti ini sering mencuit hati. Kepandaian anak kepada selebriti Betty Rahmad sejak dari kecil juga sering menjadi pujian ramai.

Menerusi hantaran di media sosial Betty, ramai yang memuji kepetahan dan kepandaian anaknya yang mesra dipanggil Wira menceritakan tentang sejarah Kaabah dan kisah Nabi.

@bettyrahmadali

MasyaAllah Tabarakallah Segala puji bagi Allah swt Jom kita ulangkaji tentang kaabah & sejarah korban bersama Ustaz Wira ❤️ Semoga bermanfaat

♬ original sound – Betty Rahmad | Sambal Queen – Betty Rahmad | Sambal Queen

Wira, menerangkan kepada ibu dan ayahnya sambil menerangkan maklumat yang terdapat di papan putih.

“Kita belajar pasal Kaabah. Orang yang pertama bina Kaabah adalah Nabi Adam dan Nabi Syith. Bila berlakunya banjir besar masa zaman Nabi Nuh, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail bina semula Kaabah.

“Bila Nabi Ibrahim tengah buat tu, Nabi Ibrahim suruh Nabi Ismail cari batu untuk Nabi Ibrahim pijak atas nak tengok Kaabah rata ke tak. Tapi tak ada kesan tapak kaki Nabi Ibrahim,” katanya dengan petah.

Selain daripada itu, persis percakapan orang dewasa, Wira sangat petah menceritakan pula bagaimana timbul batu Hajarul-Aswad dan hilang seketika ketika banjir besar zaman Nabi Nuh sebelum dikembalikan semula oleh Malaikat Jibril.

Rata-rata netizen memuji cara didikan Betty dan suaminya dalam membesarkan Wira. Selebriti, Alif Satar turut memuji kepandaian Wira.

“Imam Masjidil Haram! Imam Wira,” tulis Alif Satar.

Related Posts