Ibu ditahan, video cubaan bakar anak perempuan berusia 3 tahun tular di media sosial - The Reporter

Ibu ditahan, video cubaan bakar anak perempuan berusia 3 tahun tular di media sosial

Bakar anak perempuan
Foto: Daily Mail

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang wanita ditahan selepas rakaman video tular menunjukkan dia cuba membakar anak perempuannya yang berusia tiga tahun. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di dapur rumahnya di Boca del Rio Viejo, sebuah perkampungan di bandar Marcovia, Honduras, pada hujung minggu lalu.

Dalam video itu, mangsa yang tidak berdaya kelihatan merintih sambil berkata “Tidak!” ketika ibunya, Darlyn Pérez, memegang pemetik api di bawah badannya. Pérez turut dilihat menampar kanak-kanak itu dua kali sambil berkata, “Dia akan kekal berlutut di situ.”

Pérez kemudian menghampiri individu yang merakam kejadian tersebut dan cuba merampas telefon itu.

Video tersebut mendapat perhatian meluas di media sosial, sehingga mendorong pihak berkuasa tempatan untuk menahan Pérez pada hari Isnin lalu.

Ketika dibawa ke balai polis, wartawan bertanya kepada Pérez sama ada dia menyesal di atas perbuatannya. Dalam keadaan berair mata, Pérez berkata, “Saya menyesal.”

Apabila ditanya apa yang mendorongnya melakukan tindakan tersebut, Pérez mendakwa tidak mengetahui sebabnya.

“Saya tidak tahu. Saya tidak mendera anak saya,” katanya dengan tenang.

Pérez juga mengakui itu adalah kali pertama dia cuba melakukan perbuatan seperti itu dan berjanji tidak akan mengulaninya lagi.

Susulan insiden itu, anak perempuannya bersama dua lagi adik-beradik, masing-masing berusia satu dan enam tahun, telah dipindahkan dari rumah tersebut dan diletakkan di bawah jagaan pihak berkuasa.

Pérez kini berdepan tuduhan melakukan penderaan kanak-kanak. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!