Ibu bunuh bayi sendiri kerana malu lahirkan anak luar nikah | The Reporter

Ibu bunuh bayi sendiri kerana malu lahirkan anak luar nikah

Sumber foto: Tribun News

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang janda bernama Komsiatun @ Kokom, 43, mengaku membunuh bayinya yang dilahirkan dan mayatnya disembunyi dalam almari, dalam kejadian jam 7.30 petang, 22 Jun, di Musi Rawas, Sumatera Selatan, Indonesia.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Musi Rawas, Pegawai Polis Herman Junaidi berkata, siasatan mendapati suspek melahirkan mangsa secara normal dan bersendirian.

Tekap dengan bantal

“Mangsa lahir pada jam 7.30 petang Sabtu lalu. Kira-kira jam 8 malam, suspek membunuh bayinya dengan cara ditekap dengan bantal sehingga meninggal dunia,” katanya.

Selepas mangsa meninggal, suspek kemudian membungkus mayat anaknya menggunakan kain dan disimpan di dalam almari.

Polis percaya, suspek berbuat demikian kerana malu dia sudah lebih dari dua tahun menjanda dan bayi itu pula adalah hasil dari hubungan sulitnya.

Suspek juga mengaku dia menjalinkan hubungan terlarang dengan seorang lelaki muda dan akhirnya disahkan hamil.

Polis masih berusaha mengesan identiti lelaki tersebut.

Terhidu bau busuk

Terdahulu, mayat mangsa ditemui pada Isnin, 24 Jun, kira-kira jam 11 pagi. Ketika itu, anak suspek bernama Rezi, 25, hendak pergi ke kebun yang terletak di belakang rumah ibunya dan tiba-tiba terhidu bau busuk dari arah tingkap bilik suspek.

Rezi kemudian mengambil kunci dan membuka bilik ibunya untuk memeriksa sebelum terjumpa mayat mangsa dalam almari baju.

Terkejut dengan penemuan itu, Rezi segera menghubungi bapa kandungnya yang kemudian membuat laporan di balai polis.

Bertindak di atas maklumat, polis telah menahan suspek untuk siasatan lanjut. – Tribun News

Related Posts