'I tak sukalah Myvi, ini bukan taste I' - Dinner tak jadi, wanita reject lelaki datang jemput guna kereta Myvi - The Reporter

‘I tak sukalah Myvi, ini bukan taste I’ – Dinner tak jadi, wanita reject lelaki datang jemput guna kereta Myvi

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Affeq Arfan telah berkongsi video tentang pengalamannya diajak keluar makan oleh seorang wanita.

Dalam video tersebut, Affeq menceritakan bagaimana dia merasa berdebar-debar apabila wanita tersebut mengajaknya keluar makan malam.

“Malam ini aku rasa berdebar gila seba ada seorang perempuan mesej aku. Dia ajak aku dinner malam ini.

“Aku baru sampai depan rumah dia, aku bawa dia pergi dinner malam ini.”

Namun, suasana menjadi canggung apabila wanita tersebut mempersoalkan kenapa Affeq menjemputnya dengan kereta Perodua Myvi dan bukannya Mercedes Benz seperti yang dijanjikan.

Affeq cuba menjelaskan bahawa tayar kereta Mercedes pecah, dan dia hanya dapat datang menggunakan Myvi. Wanita berkenaan tetap tidak berpuas hati dan merasakan maruahnya terjejas sekiranya dia menaiki kereta tersebut.

“You bawa kereta Myvi ke? You kata you bawa kereta Mercedes? I tak sukalah kereta ni. Ini bukan taste I lah,” kata wanita itu.

“Tayar kereta Mercedes kan pecah, apa salahnya kalau kita guna Myvi untuk pergi makan malam sahaja pun?” jelas Affeq.

“Ini dah macam menjatuhkan maruah aku lah. Aku tak suka kereta ini. Kenapa kau tak bawa Mercedes. Tak apalah, kau keluarlah dengan sesiapa yang kau nak. Aku memang tak… ini bukan aku punya tastelah.” balasnya.

Sejak dimuat naik 20 jam lalu, video itu menerima lebih 34 ribu tanda suka dan 1,266 komen. Rata-rata netizen mengesyaki kejadian itu hanya lakonan semata-mata untuk mendapatkan pengikut dengan cara mudah.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!