'I know you still love me' - Fatiya Latiff muat naik gambar throwback bersama Aiman - The Reporter

‘I know you still love me’ – Fatiya Latiff muat naik gambar throwback bersama Aiman

Aiman dan Fatiya suatu ketika dulu.

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Berkemungkinan tidak berpuas hati kenyataannya sebelum ini tidak mendapat respon, pelakon Fatiya Latiff sekali lagi bertindak menghangatkan keadaan dengan memuat naik gambar kenangannya bersama bekas teman lelaki, Aiman Hakim, di Instagramnya awal pagi Khamis.

Kapsyen pada gambar juga mengundang, “I know you still love me”. Sedangkan Fatiya tahu tindakannya itu boleh memecahbelahkan rumah tangga Aiman dengan isteri, Zahirah MacWilson yang kini sedang hamil anak kedua.

Tidak cukup dengan itu, Fatiya turut memuat naik gambar keratan akhbar yang memaparkan kenyataan Aiman yang mengatakan dia masih sayang pada Fatiya walaupun hubungan mereka telah putus suatu ketika dahulu.

Sumber gambar: Oh! Media
Sumber gambar: Oh! Media

Sehingga kini, Aiman dan Zahirah tidak mengeluarkan sebarang kenyataan balas berhubung perkara itu. Netizen juga berharap mereka tidak mengendahkan perbuatan Fatiya.

Terdahulu, Fatiya mengutuk penampilan Zahirah dengan menyamakannya seperti bibik ketika bersiaran langsung di aplikasi TikTok. Malah dia mencabar pasangan itu mengambil tindakan undang-undang terhadap dirinya.

Ramai netizen yang tertanya-tanya, apa punca Fatiya secara tiba-tiba menyerang pasangan berkenaan. Tidak kurang juga yang risau akan kesihatan mental pelakon itu.

Sumber: Instagram Fatiya Latiff

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!