'Hospital Segamat masih beroperasi, tiada penutupan 1 Julai' - JKNJ | The Reporter

‘Hospital Segamat masih beroperasi, tiada penutupan 1 Julai’ – JKNJ

Hospital Segamat kekal beroperasi seperti biasa
Hospital Segamat

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya Hospital Segamat akan ditutup pada 1 Julai 2026.

Menurut JKNJ, Hospital Segamat masih beroperasi seperti biasa dan tiada sebarang keputusan atau arahan penutupan dikeluarkan seperti yang didakwa dalam hantaran yang tersebar termasuk berkaitan surat penangguhan rujukan kes Obstetrik dan Ginekologi (O&G) dari daerah Rompin dan Gemas bertarikh 3 Jun 2026.

JKNJ memaklumkan pihaknya kini sedang meneliti serta memuktamadkan pengaturan perkhidmatan di Jabatan O&G Hospital Segamat bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat berjalan dengan lebih berkesan dan berterusan.

“Status terkini serta perancangan lanjut berhubung perkara ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Baca juga:

Dalam masa sama, jabatan itu menegaskan sebarang langkah penyusunan semula perkhidmatan serta pengoptimuman sumber manusia akan dilaksanakan secara terancang demi menjamin kelangsungan operasi hospital serta kesinambungan rawatan kepada pesakit.

“JKNJ komited untuk memastikan sebarang langkah penyusunan semula perkhidmatan dan pengoptimuman sumber manusia dilaksanakan secara terancang bagi menjamin kelangsungan operasi serta kesinambungan rawatan dan perkhidmatan kepada pesakit,” jelasnya.

Related Posts