Hoobastank umum konsert di Kuala Lumpur Februari 2025 | The Reporter

Hoobastank umum konsert di Kuala Lumpur Februari 2025

Sumber Gambar: BanyakBagus Entertainment

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kumpulan rock terkenal dari Amerika, Hoobastank mengumumkan akan menemui peminat Malaysia pada Februari tahun depan di Zepp Kuala Lumpur.

Hoobastank yang terkenal dengan lagu The Reason sebelum ini pernah mengadakan persembahan di Kuala Lumpur pada tahun 2018.

Bagi peminat-peminat kumpulan ini sudah pastinya tidak sabar menantikan kemunculan mereka yang sangat terkenal pada tahun 2000-an.

Dalam hantaran di media sosial, penganjur konsert berkenaan, Banyak Bagus Entertainment telah mengumumkan harga tiket dan pelan tempat duduk.

“Kumpulan rock ikonik dari Amerika, Hoobastank, akan menemui anda di Kuala Lumpur dan pastinya malam itu akan diingati dengan muzik rock dengan lagu-lagu hits seperti ‘The Reason’ dan ‘Crawling in the Dark’.

“Lokasi persembahan di Zepp Hall, Kuala Lumpur pada 10 Februari 2025 dan tiket akan mula dijual pada 18 November 2024.,” katanya.

Selain Malaysia, Hoobastank juga akan muncul di beberapa lokasi dalam program jelajah Asia Hoobastank antaranya Indonesia, Jepun dan Filipina.

Related Posts