Hafidz Roshdi akui Athira cinta pertamanya, Nurul Shuhada gembira Allah tunjukkan dia tidak berbohong selama ini - The Reporter

Hafidz Roshdi akui Athira cinta pertamanya, Nurul Shuhada gembira Allah tunjukkan dia tidak berbohong selama ini

Pelakon Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada telah bernikah pada jam 8.15 malam Jumaat di Glenmarie, Shah Alam.

Menurut bekas suami kepada Nurul Shuhada Shukri itu berkata, dia telah berkawan dengan Athira sejak usia 15 tahun dan wanita itu merupakan cinta pertamanya.

Berkata kepada Berita Harian, Hafidz merasa bersyukur dalam diberikan peluang sekali lagi untuk menjadi suami dan berharap akan dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

“Athira cinta pertama saya, kami berkawan sejak berusia 15 tahun dan pernah bercinta. Moga pernikahan ini kekal hingga akhir hayat. Doakan yang terbaik untuk perkahwinan kami,” katanya.

Tambahnya, dia enggan mengambil pusing mengenai apa yang orang ramai sedang bercakap tentang mereka.

Sementara itu, Nurul Shuhada turut mengucapkan tahniah kepada bekas suaminya itu. Malah mendoakan kebahagian buat pasangan berkenaan.

“Selamat maju jaya dalam hidup. Insya-Allah, Allah maha baik. Saya gembira, sekurang-kurangnya Allah sudah tunjukkan yang saya tidak berbohong mengenai perkara ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian (Fatin Farhana Ariffin)

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!