Guru dan anak lelaki ditemui mati dalam rumah, disyaki dibunuh | The Reporter

Guru dan anak lelaki ditemui mati dalam rumah, disyaki dibunuh

Polis siasat kes guru dan anak lelaki ditemui mati di rumah Bukit Rambai
Kawasan rumah dua beranak yang ditemui mati disyaki dibunuh di Bukit Rambai kini dipasang garisan polis | Gambar: Astro Awani

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang guru wanita yang juga ibu tunggal dan anak sulungnya berusia 21 tahun ditemui tidak bernyawa dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumah mereka di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, Melaka, awal pagi tadi.

Kejadian menyayat hati itu disedari orang awam kira-kira jam 6 pagi selepas melihat seorang remaja lelaki terbaring dengan kesan kecederaan serius di atas jalan di hadapan rumah berkenaan sebelum menghubungi pihak polis.

Pasukan polis dari Balai Polis Batang 3 yang bergegas ke lokasi menemui seorang lagi remaja lelaki, dipercayai adik mangsa, juga cedera parah dan terbaring di hadapan rumah.

Hasil pemeriksaan lanjut polis di dalam rumah menemui dua mayat berlumuran darah iaitu wanita berusia 51 tahun dan anak lelakinya berusia 21 tahun di ruang tamu. Mangsa merupakan seorang guru dan ibu tunggal kepada tiga anak lelaki.

Seorang lagi anaknya yang berusia 13 tahun pula ditemui dalam keadaan cedera parah di garaj rumah, manakala anak kedua yang berusia 17 tahun dilaporkan baru tiba di rumah pagi ini.

Pasukan perubatan dari Hospital Melaka yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan dua mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber: Astro Awani, Bulettin TV3

Setakat jam 9 pagi, siasatan forensik masih dijalankan di lokasi kejadian yang diketuai Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Melaka, Asisten Komisioner Leow Kian Heong.

Dalam masa sama, tular di media sosial dakwaan kononnya kejadian berpunca daripada pertelingkahan keluarga, namun polis masih menyiasat motif sebenar dan tidak mengesahkan sebarang spekulasi setakat ini.

Related Posts