Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Situasi tegang kini dilaporkan berlaku di Ecuador menyebabkan pemimpin negara tersebut mengisytiharkan darurat.
Tindakan tersebut dibuat apabila salah seorang pemimpin kumpulan jenayah terbesar yang dikenali sebagai Fito atau Adolfo Macias Villamar telah terlepas dari penjara.
Serentak dengan itu juga, enam buah penjara berada dalam keadaan huru hara kerana protes banduan. Pihak kartel dikatakan telah menawan penjara dan menggantung pegawai penjara sehingga mati.
Dilaporkan juga, sekumpulan kartel dadah dan kongsi gelap telah bertindak menawan bangunan stesen televisyen Ecuador.
Menerusi satu rakaman video, krew stesen berkenaan diminta untuk berbaring di atas lantai ketika itu bunyi tembakan kedengaran dilepaskan.
Pasukan Polis Ecuador dan Tentera Ecuador bertindak mengepung bangunan itu dan operasi khas dijalankan dan berjaya menahan anggota yang menawan bangunan berkenaan.
Presiden Ecuador memberi kuasa penuh kepada Angkatan Tentera Ecuador bagi menyelamatkan semua tawanan yang ditawan pihak Kartel dan kongsi gelap di seluruh negara itu.
Pertempuran tercetus antara Pasukan Keselamatan Ecuador dan pihak Kartel dan kongsi gelap di Guayaquil, Ecuador.
Sumber: Collin Rugg, Irfan