Gelombang kedua banjir bermula esok, Johor & Pahang dijangka terkesan - The Reporter

Gelombang kedua banjir bermula esok, Johor & Pahang dijangka terkesan

Gelombang kedua banjir
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan gelombang kedua banjir akan bermula esok, dengan negeri Pahang dan Johor dijangka antara kawasan yang bakal terkesan. Keadaan ini dijangka berlarutan selama dua minggu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, berkata Sabah dan Sarawak pula dijangka mengalami banjir menjelang penghujung bulan ini hingga Mac depan.

“Kita harap supaya tidak terjadi seperti mana gelombang pertama, kali ini gelombang kedua mungkin akan membabitkan Johor dan Pahang dengan lebih berat lagi.

“Namun, kesiapsiagaan melalui pengagihan perkhidmatan untuk aset dan pegawai serta anggota dan peralatan telah kita atur gerak.

“Kita harapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan melakukan penyelarasan terhadap usaha yang dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!