'Gebu ke kite?' - Ruhainies nafi terlibat dalam kes penggubahan wang haram - The Reporter

‘Gebu ke kite?’ – Ruhainies nafi terlibat dalam kes penggubahan wang haram

Baru-baru ini tular laporan menyatakan seorang artis wanita terlibat dalam siasatan jenayah penggubahan wang haram. Tidak dinyatakan nama, sebaliknya diberikan beberapa gambaran mengenai artis tersebut.

Namun begitu, petunjuk/gambaran yang diberikan membuatkan netizen mula berteka-teki sehinggakan nama artis yang tidak berkaitan terpalit sama.

Baca artikel berkaitan : Bukan artis gred A, pelakon wanita kulit putih gebu dalam pantauan Bank Negara

Antara nama artis yang disebut-sebut adalah pelakon wanita, Ruhainies. Tidak melatah dengan tohmahan tersebut, Ruhainies dalam satu kenyataan menegaskan dia tidak terlibat dengan aktiviti berkenaan. Dia juga meminta pihak tertentu supaya tidak memberikan petunjuk yang mengelirukan.

“Ada yang DM saya tanyakan soal tu. Alhamdulilah, bukan saya yang dimaksudkan.

“Kalau boleh, jangan lah sekadar berikan gambaran, sebut saja terus nama. Individu yang tak terlibat pun dah terkait sama.

“Bila hint yang diberikan katanya artis berkulit gebu, bukan ramai sangat yang gebu, mungkin ada 10 orang artis gebu jadi netizen buat spekulasi antara kami,” katanya.

Ruhainies juga menyatakan dia tidak kisah sekiranya ada netizen yang cuba melakukan siasatan di media sosial kerana dia yakin tidak terlibat dengan aktiviti itu sebaliknya dia bersyukur dengan rezeki yang diperoleh dalam industri seni.

“Kalau benar saya lakukan sebarang kesalahan atau jenayah mesti mereka (netizen) dapat tahu,” katanya.

Sumber: mStar

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!