'Garis panduan Muslim ziarah rumah ibadah agama lain tak wajar dipolemikkan' - Dr Zulkifli Al- Bakri - The Reporter

‘Garis panduan Muslim ziarah rumah ibadah agama lain tak wajar dipolemikkan’ – Dr Zulkifli Al- Bakri

Garis panduan
Sumber Gambar: Facebook Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) akan memuktamadkan garis panduan khusus melibatkan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan, upacara kematian, kunjungan dan penganjuran majlis di rumah ibadat selain Islam.

Kenyataan dalam jawapan bertulis di laman web parlimen itu telah mengundang pelbagai spekulasi.

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan menyifatkan panduan itu secara tidak langsung akan menyekat usaha pemahaman masyarakat yang akan mengakibatkan jurang lebih besar antara masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini.

Dalam pada itu juga, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, menegaskan garis panduan orang Islam menziarahi rumah ibadat agama lain bukanlah suatu perkara baharu dan tidak wajar dipolemikkan.

Ujarnya, perkara berkenaan sudah diusulkan sejak beliau menjawat jawatan Mufti Wilayah Persekutuan, dan dinyatakan sekali lagi pada Mac 2023.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau menegaskan perkara yang penting adalah elemen hormat selain mengutamakan akidah yang menjadi prinsip asas dalam beragama.

“Apa yang penting adalah wujud elemen hormat, toleransi dan mengutamakan prinsip asas dalam beragama iaitu akidah,” katanya.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!