Pelakon popular Fasha Sandha meluahkan rasa kecewa di Instagram selepas insiden yang berlaku pada 30 Mac lalu ketika menaiki penerbangan bersama keluarganya. Dalam perkongsian yang dimuat naik dua hari lepas, Fasha berharap kejadian itu menjadi pengajaran buat semua pramugari agar lebih beretika ketika bertugas.
Menurut Fasha, sejak usia 18 tahun beliau memang selesa memilih tempat duduk kelas ekonomi walaupun mampu menaiki kelas lebih tinggi. Baginya, berjimat cermat adalah satu prinsip hidup dan wang tersebut lebih baik digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan.
Namun dalam penerbangan baru-baru ini, Fasha mendakwa seorang pramugari menyambut kehadirannya dengan berkata, “Fasha Sandha… economy class?” secara lantang, di hadapan penumpang lain dan anak-anaknya. Tindakan itu membuatkan Fasha dan keluarganya berasa terkejut serta seolah-olah dihina di khalayak ramai.
“Kalau suami saya bukan jenis yang tenang, mungkin awak sudah dimaki waktu itu,” katanya sambil menyatakan pramugari berkenaan bertuah kerana dia dan suaminya memilih untuk bertenang.
- Kumpulan hak asasi haiwan gesa MBS hentikan program serah anjing terbiar
- Tindakan spontan lelaki selamatkan dua kanak-kanak dalam kebakaran raih pujian
- Polis jalankan siasatan dakwaan kanak-kanak 12 tahun diekori sebuah kenderaan
- Dakwaan penerima bakul makanan didaftar sebagai ahli, PKR Pahang dapatkan penjelasan
- Hantaran lelaki minta bakal isteri sediakan bekal sarapan cetus debat netizen
Insiden itu turut menyebabkan Fasha mengambil gambar pramugari berkenaan dari jauh dan membuat aduan kepada bahagian khidmat pelanggan syarikat penerbangan terbabit. Dua lagi pramugari kemudiannya datang memohon maaf bagi pihak rakan setugas mereka.
Fasha menegaskan bahawa selebriti, VIP mahupun ahli politik tidak salah duduk di kelas ekonomi dan perkara itu tidak sepatutnya dijadikan bahan pertanyaan atau kejutan di khalayak ramai.
“Tak perlu tanya depan anak-anak saya, depan penumpang lain. Walaupun awak dah minta maaf dan hantar pizza untuk anak-anak saya, luka tetap ada,” katanya dalam nada terkilan.
Menyifatkan kejadian itu sebagai coretan kenangan Aidilfitri dan ulang tahun perkahwinannya, Fasha mengakhiri luahan dengan harapan agar semua pramugari dapat menjaga hati penumpang dan tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris.








