'DUN Negeri Sembilan rasmi dibubar, serah mandat semula kepada rakyat' - Aminuddin | The Reporter

‘DUN Negeri Sembilan rasmi dibubar, serah mandat semula kepada rakyat’ – Aminuddin

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan pembubaran DUN Negeri Sembilan bagi memberi laluan kepada PRN ke-16.
Gambar: Facebook Aminuddin Harun

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi rasmi dibubarkan bermula hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Memetik laporan Berita Harian, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pembubaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam sesi menghadap di Istana Besar Seri Menanti, semalam.

Menurut beliau, notis pembubaran DUN akan dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian ditetapkan.

Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan berkata, pembahagian kerusi telah dimuktamadkan dengan PH akan bertanding di semua 36 kerusi DUN negeri itu.

Baca juga:

Beliau turut menyifatkan pembubaran DUN sebagai langkah mengembalikan mandat kepada rakyat sekali gus menamatkan kemelut politik dan kepimpinan yang berlaku sebelum ini.

Sebelum ini, Johor menjadi negeri pertama membubarkan DUN pada Isnin lalu, diikuti Negeri Sembilan hari ini.

Related Posts