Tular satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh seorang wanita yang mendakwa telah menjadi mangsa kepada seorang pendakwah terkenal.
Rata-rata memetik nama Da’i Syed sebagai pelaku dalam ruangan komen tersebut.
April lalu, pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada tuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun, hampir empat tahun lalu.
Hakim Rihaida Rafie membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Syed Shah Iqmal, 27, di akhir kes pendakwaan.
Mangsa bagaimanapun meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan apa yang berlaku.
“Keturunan mu juga akan merasai kifarahnya. Doaku tidak akan pernah putus setiap sepertiga malam agar kau sentiasa dalam kecelakaan sehingga kata maaf dari mulut mu terucap.
“Sudah di syurga anakmu wahai si pelaku? Jangan kau sangka anakmu akan menarik tanganmu ke syurga kerana kau masih punya hutang denganku untuk aku tuntut di depan Allah Taala,” tulisnya.
Dilepaskan kerana tidak cukup bukti untuk mendakwa pelaku
Apabila ditanya netizen, bagaimana si pelaku boleh terlepas sedangkan ada laporan dibuat terhadapnya. Individu berkenaan mendakwa, pelaku dibebaskan kerana ketiadaan bukti yang mencukupi untuk mendakwanya di mahkamah.
Menurutnya, hal itu juga membuatkan kes itu ditutup. Malah media telah membuat kenyataan yang tidak tepat mengenai kes itu.

“Dia bebas tuduhan sebab tak cukup bukti nak tuduh dia. Case closed. Tapi media buat kenyataan yang dia tidak bersalah, sedangkan tak cukup bukti, bukan tak bersalah,” katanya.
Menerusi perkongsian itu juga, mangsa turut memetik kenyataan dari Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib mengenai keadaan mangsa.Beliau dikatakan telah mengalami kemurungan selepas insiden berkenaan.
“Semasa di kediaman tersebut, mangsa telah dirogol oleh suspek dan pihak hospital juga mengesahkan wanita itu mengalami tekanan perasaan yang teruk serta trauma akibat dari insiden tersebut,” tulis satu laporan.
Rata-rata netizen bersimpati dengan apa yang terjadi kepada mangsa dan memberikan kata-kata semangat agar mangsa terus sabar dan mendapat keadilan yang sewajarnya.
Sumber: Chem








