Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Penyanyi sensasi, Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa, sesiapa yang mengatakan konsert adalah haram, tidak perlu datang dan duduk di rumah atau surau.
Kenyataannya itu kemudian dibidas oleh pendakwah bebas, Syed Mohd Bakri Syed Ishak yang memerlinya mengeluarkan fatwa songsang.
“Bila penyanyi ini keluarkan fatwa. Senang sungguh jemari kamu menaip pandangan songsang begini ya?” katanya.
Tuduhan pendakwah itu mengundang perhatian Shima yang menyelarnya melampau sehingga sanggup melemparkan tuduhan sedemikian. Jelas Shima, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan jika tuduhannya itu melampau batasan.
“Tuduhan bahawa saya menghina agama dan menuduh mengeluarkan fatwa yang songsang adalah dakwaan yang berniat jahat serta fitnah.
“Alangkah baiknya jika pihak-pihak terbabit boleh menghubungi saya sekiranya mereka tidak faham tentang hal yang cuba disampaikan.
“Saya juga akan rujuk kepada pihak peguam sekiranya perlu untuk ambil tindakan susulan,” katanya.
Bagi Shima, dia tidak kisah sekiranya teguran yang diberikan itu secara baik, bukannya teguran berbentuk serangan tanpa usul periksa. Tambahan, semua individu bebas untuk memberi pendapat atau pandangna tanpa perlu memiliki sebarang kelayakan untuk berbuat dimikian.
“Tiada keperluan menyerang saya dan janganlah rasa diri kita mulia dan semua artis itu pendosa. Kita semua adalah pendosa.
“Pilihan atas diri dan pendapat masing-masing. Saya bukan orang yang punyai latar belakang agama, apatah lagi nak menghalalkan perkara yang haram.
“Semua itu hanya pendapat saya sahaja dan mungkin disebabkan tiada gelaran pencetus ummah (PU), saya tidak boleh suarakan pendapat? Adakah cuma yang ada gelaran PU sahaja yang boleh bercakap?” tegasnya.
Shima turut menafikan dakwaan dia menghina agama kerana kenyataan yang dibuatnya sebelum ini adalah kenyataan umum.
“Di mana bab saya menghina agama? Saya sebut konsert secara umum, konsert itu sebahagian daripada hiburan.
“Konsert Coldplay telahpun diluluskan oleh kerajaan. Berapa banyak konsert telah dianjurkan sejak negara kita mencapai kemerdekaan,” katanya.
Sumber: Kosmo! Online








