'Dia wanita luar biasa, saya terhutang budi' - Syed Saddiq | The Reporter

‘Dia wanita luar biasa, saya terhutang budi’ – Syed Saddiq

Bella Astillah
Sumber Gambar: Instagram Bella Astillah

Bella Astillah sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila hadir menyatakan sokongan terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Manis berbaju kurung, Bella hadir ke Mahkamah Rayuan pada jam 8.40 pagi tadi.

Menerusi satu sidang media yang dikongsikan Astro Awani, Syed Saddiq menyifatkan Bella sebagai wanita luar biasa dan menyatakan terhutang budi pada Bella.

‘Dia wanita luar biasa, saya terhutang budi’ – Syed Saddiq

Bella sebelum ini juga memuat naik hantaran gambar bersama Syed Saddiq berserta kapsyen mendoakan kemudahan Syed Saddiq.

“Doa orang ramai mengiringimu,” tulisnya.

Mahkamah sebelum ini menetapkan Rabu dan Khamis bagi prosiding pendengaran rayuan Syed Saddiq, 33, bagi sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Sumber: Sinar Harian

Related Posts