Loya! Tular dakwaan peniaga campur tisu dalam laksa untuk bagi pekat | The Reporter

Loya! Tular dakwaan peniaga campur tisu dalam laksa untuk bagi pekat

Isu tular dakwaan peniaga campur tisu dalam laksa hingga kuah jadi pekat.
Netizen loya selepas dakwaan peniaga campur tisu dalam laksa kembali tular. | Sumber gambar: Threads

Dakwaan seorang pengguna media sosial mengenai peniaga yang didakwa memasukkan tisu ke dalam kuah laksa bagi menjadikannya kelihatan lebih pekat mencetuskan rasa loya dan kemarahan netizen sejak beberapa hari lalu.

Perkongsian itu menyebut kuah laksa tersebut kelihatan “pekat likat dan sedap”, namun rupa-rupanya tekstur itu hadir daripada tisu gulung putih yang dimasukkan ke dalam periuk sehingga kelihatan seperti isi ikan hancur.

Cerita itu mengundang pelbagai reaksi lanjut, termasuk beberapa individu yang mengaitkan pengalaman sendiri ketika menjamah laksa yang kuahnya terlalu pekat namun tidak mempunyai rasa ikan.

Baca juga:

Seorang pengguna mendakwa pernah menemui cebisan tisu berwarna merah jambu melekat pada lidahnya ketika makan laksa, manakala yang lain menyifatkan perbuatan itu “tidak amanah dan tidak berkat” jika benar berlaku. Sebahagian pula meluahkan rasa muak dan hilang selera hanya membaca dakwaan peniaga sanggup menggunakan bahan asing demi melariskan jualan.

Hantaran Threads yang tular di media sosial

Namun ada juga suara mengajak orang ramai bertenang dan tidak menuduh semua peniaga berdasarkan tindakan segelintir pihak. Menurut mereka, penyebaran dakwaan tanpa bukti jelas boleh menjejaskan reputasi peniaga lain yang menjalankan perniagaan secara jujur.

Fenomena ini sekali lagi menimbulkan perbincangan mengenai kebersihan dan etika dalam perniagaan makanan, selain mengingatkan pengguna supaya lebih berhati-hati ketika membuat dakwaan di platform awam.

Walaupun belum ada pengesahan rasmi mengenai kes tersebut, perbincangan hangat netizen menunjukkan betapa mudahnya kepercayaan pelanggan terhakis apabila muncul dakwaan yang menjijikkan seperti ini.

Sumber: Reduan Fauzi

Related Posts