Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Kehadiran anjing liar di kawasan taman perumahan mengundang risiko kepada penduduk, terutamanya kanak-kanak yang selalu bermain di luar rumah.
Haiwan itu bukan sahaja mengganggu ketenteraman, malah mencemarkan persekitaran dengan najis dan menjadi ancaman keselamatan terhadap penduduk.
Baru-baru ini, seorang penduduk di Taman Idaman Bangi, Bangi Villa, meluahkan rasa kesal berhubung masalah sama.

Menurut pengadu, Nadia Zamzuri, setiap hari sekumpulan anjing liar itu ‘melepak’ di depan rumahnya.
” anjing liar duduk di depan rumah saya setiap hari, siang dan malam. Kita dah panggil MPKj, tetapi tiada tindakan.
“MPKj tak mahu datang tangkap anjing liar ini? Penduduk di taman ini dah penat buat aduan. Tolonglah datang tangkap 11 ekor anjing ini. Mengganggu budak-budak nak bermain di luar rumah.
“Di waktu malam pula, haiwan ini bising-bising, santai depan rumah penduduk. Itu belum dengan najis anjing lagi,” katanya.
Tambahnya lagi, masalah anjing terbiar di kawasan perumahan ini telah berlaku sejak beberapa tahun dan banyak aduan telah dibuat melalui aplikasi SISPAA.
Malangnya, masih belum ada sebarang tindakan segera daripada pihak berkenaan.