Seorang lelaki yang dipercayai pengerusi surau dikecam selepas satu rakaman video menunjukkan dia menampar dua kanak-kanak lelaki di kawasan perumahan mereka dalam kejadian tahun lalu.
Kejadian itu dirakam oleh seorang saksi yang tidak mahu dikenali sebelum video tersebut dihantar kepada selebriti Caprice yang kemudian memuat naik video berkenaan ke Instagram, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Baca: Lelaki berjubah tumbuk pelajar hingga patah hidung di Kajang
Dalam rakaman itu, lelaki tersebut dilihat memberhentikan kenderaannya sebelum keluar dan menghampiri dua kanak-kanak berkenaan. Tidak jelas apa yang dibincangkan, namun secara tiba-tiba dia menampar kedua-dua mereka sebelum mengarahkan mereka pulang ke rumah masing-masing.
- 3 Idiots bakal kembali, trio utama berdepan krisis usia pertengahan
- ‘PRU-16 perlu disegerakan, ini kehendak rakyat’ – Zahid
- Diberi masa 6 bulan untuk hidup, bapa habiskan sisa waktu cari tempat anak autisme
- ‘Tuduhan anjing liar milik datuk Haira berat’- Malaysia Animal Association
- Dakwaan lelaki kahwin rahsia di Thailand tular
Terdahulu, lelaki yang sama dipercayai terlibat dalam satu insiden lain di Saujana Impian, Kajang, di mana dia menumbuk seorang pelajar sekolah sehingga patah hidung hanya kerana perselisihan kecil di simpang jalan. Insiden itu berlaku selepas solat Jumaat dan turut mengundang kecaman ramai, terutama kerana ia berlaku dalam bulan Ramadan.
Netizen menyuarakan kemarahan terhadap tindakan lelaki itu yang disifatkan melampaui batas, apatah lagi apabila dia dilihat memakai jubah dan kopiah.
Pihak berkuasa masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden ini.








