Cristiano Ronaldo terima BMW mewah bernilai RM941,000 | The Reporter

Cristiano Ronaldo terima BMW mewah bernilai RM941,000

Cristiano Ronaldo BMW Al-Nassr
Sumber gambar: Instagram Al-Nassr

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Bintang bola sepak Al-Nassr, Cristiano Ronaldo, telah menerima sebuah BMW XM Red Label bernilai RM941,000, hasil kerjasama penajaan baharu antara kelab Liga Pro Saudi itu dan pengeluar kereta Jerman, BMW.

Ronaldo bersama rakan sepasukannya di Al-Nassr dilihat menerima kenderaan mewah itu di pusat latihan kelab tersebut. Setiap pemain Al-Nassr diberi sebuah kereta rasmi sebagai sebahagian daripada perjanjian penajaan dengan BMW yang akan berlangsung sehingga 2027.

Ronaldo dan BMW XM Red Label

Cristiano Ronaldo telah menerima sebuah BMW bernilai £164,000 sebagai sebahagian daripada perjanjian penajaan Al-Nassr.
Ronaldo menandatangani BMW XM Red Label miliknya, model paling berkuasa dalam siri tersebut.

Ronaldo bergambar bersama BMW XM Red Label miliknya, model paling berkuasa dalam siri ini dengan kuasa 550 kW. Kereta ini mempunyai enjin petrol V8 turbo berkembar yang laju, mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam 3.8 saat.

Ciri unik kenderaan ini termasuk gril Toronto Red metallic yang menyerlahkan reka bentuk mewahnya. Dalam satu video, Ronaldo menyifatkan keretanya sebagai “sangat selesa, cantik, dan reka bentuknya sangat menarik.”

Kerjasama Al-Nassr dan BMW

Perjanjian antara Al-Nassr dan BMW Saudi Arabia melibatkan penyediaan pelbagai model kereta moden seperti BMW XM dan siri 7 kepada kelab tersebut. Pengurus BMW Group Saudi Arabia, David McGoldrick, berkata, kerjasama ini mencerminkan komitmen BMW menyokong sukan Saudi, khususnya bola sepak, yang menyatukan masyarakat dan menginspirasi generasi.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa kerjasama ini akan membawa nilai inovasi dan kecemerlangan kepada kedua-dua pihak, serta membantu Al-Nassr mencapai pencapaian baharu.

Selain Ronaldo, pemain Al-Nassr lain seperti Sadio Mane, bekas pemain Liverpool, turut menerima kereta BMW yang disesuaikan mengikut pilihan masing-masing, termasuk jurulatih Stefano Pioli.

Bekas bintang Liverpool, Sadio Mane, turut memandu uji kereta baharu tersebut.

Al-Nassr kini berada di tangga keempat Liga Pro Saudi, dengan jurang 11 mata di belakang pendahulu liga, Al-Ittihad. – Agensi

Related Posts