Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah dikenakan hukuman oleh Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berikutan tindakan menurunkan pemain yang tidak layak dalam tiga perlawanan antarabangsa Tier 1.
Mesyuarat FIFA yang diadakan pada 12 Disember 2025 dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Jorge Palacio, mendapati FAM telah melanggar Artikel 19 Kod Tatatertib FIFA (Edisi 2025).
Tiga perlawanan yang terlibat ialah pertemuan Malaysia menentang Cape Verde di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 29 Mei 2025 yang berkesudahan seri 1-1, Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 4 September 2025 yang berkesudahan Malaysia menang 2-1, dan Malaysia menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 8 September 2025 yang berkesudahan Malaysia menang 1-0.
Baca juga:
- Latif Romly sempurnakan misi lima emas Malaysia di Glasgow
- Sukan Komanwel Glasgow 2026: Angkat berat hadiah dua emas, satu gangsa buat Malaysia
- Lamine Yamal, melutut panjatkan doa selepas Sepanyol julang Piala Dunia
FIFA telah menetapkan bahawa Malaysia diisytiharkan kalah dengan jaringan 3-0 bagi ketiga-tiga perlawanan tersebut. FAM juga dikenakan denda sebanyak CHF10,000 (RM51,414).
Menerusi kenyataan tersebut juga, FAM memaklmumkan, akan membuat permohonan bertulis bagi mendapatkan alasan keputusan daripada Jawatankuasa Tatatertib FIFA sebelum mempertimbangkan langkah seterusnya yang akan diambil.








