Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan seramai 20 pegawainya terlibat secara langsung dalam aktiviti tidak bermoral berkaitan budaya ‘Yeye’ yang menjadi perhatian umum di media sosial baru-baru ini.
Panglima Tentera Udara, Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran perintah, arahan serta peraturan yang ditetapkan.
“Siasatan awal mendapati 20 pegawai TUDM terbabit secara langsung dalam aktiviti tidak bermoral ini. TUDM akan memastikan pelaku dibicara dan diadili menurut lunas serta peruntukan perundangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau menegaskan bahawa budaya tidak sihat tersebut sama sekali bukan amalan dalam TUDM.
Baca juga:
- Ucapan anak Allahyarham Dr Aiman sentuh hati ramai
- PN ucap tahniah kepada Vijay, puji kemenangan TVK di Tamil Nadu
- ‘Type M, C dan I bukan lagi gurauan, tapi kemarahan tersirat’ – Zahid Hamidi
Menurutnya, pucuk pimpinan TUDM turut menzahirkan rasa kesal terhadap kejadian berkenaan dan pihak yang gagal melaksanakan arahan juga akan diambil tindakan sewajarnya.
Terdahulu, Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) memandang serius dakwaan berkaitan budaya tidak wajar dalam kem tentera yang tular di media sosial. MINDEF bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran disiplin, integriti dan profesionalisme.








