Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dilaporkan maut dalam kebakaran yang berlaku di Rancangan Perumahan Rendah (RPR) Batu Kawa, semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 1.12 tengah hari, lalu mengesahkan sepasukan bomba ke lokasi.
Orang awam kemudian memaklumkan ada seorang kanak-kanak terperangkap dalam salah sebuah rumah dan bomba terus segera memadamkan api kebakaran.
Selepas kebakaran berjaya dipadamkan pada jam 3.33 petang, bomba menemui mayat mangsa dalam keaadaan rentung di dalam sebuah di tingkat atas.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.





Kebakaran itu membabitkan lima buah rumah dua tingkat dan dua daripadanya telah musnah 100 peratus dijilat api.
Tiga buah rumah yang lain hanya mengalami kemusnahan 20 hingga 60 peratus. Punca dan jumlah kerugian akibat kebakaran itu masih dalam siasatan.
Sumber: Kosmo! Online, Info Semasa Official