Budak 3 tahun tertembak muka sendiri selepas bermain dengan pistol milik ibunya - The Reporter

Budak 3 tahun tertembak muka sendiri selepas bermain dengan pistol milik ibunya

Seorang budak lelaki berusia tiga tahun cedera, selepas secara tidak sengaja menembak dirinya sendiri di bahagian muka dengan pistol milik ibunya.

Lapor media tempatan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.20 petang (waktu tempatan) Jumaat lalu di Detroit, Amerika Syarikat.

Difahamkan, ibu kanak-kanak itu baru sahaja pulang dari kerja dan meletakkan pistolnya di atas meja solek. Beberapa minit kemudian, anak lelakinya berusia tiga tahun masuk ke bilik dan mengambil pistol tersebut dan menembak mukanya sendiri.

Walaupun mangsa hanya mengalami luka akibat terkena geseran peluru, keadaannya dilaporkan kritial dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Detroit, James White berkata, pihaknya kini sedang menyiasat sama ada ibu mangsa mempunyai lesen pemilikan senjata.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan bahawa pemilik senjata api bertanggungjawab menyimpan senjata mereka dengan selamat dan tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak apabila berada di rumah masing-masing. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!