Budak 12 tahun menangis, hadiah pakej umrah diganti dengan TV LED, ‘Dia masih bawah umur’ kata penganjur | The Reporter

Budak 12 tahun menangis, hadiah pakej umrah diganti dengan TV LED, ‘Dia masih bawah umur’ kata penganjur

Josh bersama hadiah TV LED

Seorang kanak-kanak lelaki hanya mampu menangis apabila hadiah pakej umrah yang dimenanginya dalam pertandingan jalan kaki, diganti dengan hadiah televisyen LED.

Insiden mengecewakan itu dialami oleh Josh @ Rifky, 12, selepas menyertai pertandingan yang dianjurkan pada 13 Ogos lalu.

Walaupun dia berjaya memenangi pertandingan itu, Josh menangis kerana kecewa hadiahnya tiba-tiba diganti dengan hadiah lain oleh pihak penganjur.

Ibu kanak-kanak berkenaan, Indah Astriani menjelaskan, anaknya menyertai pertandingan itu dipilih sebagai pemenang pakej umrah.

Tetapi apabila Josh naik ke atas pentas, penganjur tiba-tiba membatalkan pemberian hadiah itu dan digantikan dengan hadiah televisyen dan dispender yang jauh dari nilai hadiah asal.

Menurut penganjur, pemberian hadiah pakej umrah dibatalkan kerana usia Josh yang masih muda. Walaupun sudah mempunyai kad pengenalan, Josh masih di bawah had umur mengundi pada Pilihan Raya 2024 yang menyebabkan pihaknya membatalkan pemberian hadiah utama itu.

Keputusan itu membuatkan Josh menangis kerana kecewa dan terkesan dengan keputusan penganjur.

Ibu Josh kemudian mempertikaikan keputusan penganjur, malah orang awam yang hadir turut memprotes keputusan itu. Tetapi penganjur tetap berkeras dengan alasan yang mereka berikan.

Hal itu mengundang kecaman netizen di media sosial terhadap penganjur yang jelas sekali menganiaya kanak-kanak berkenaan.

Sumber: Indo Zone

Related Posts