'Boikot mengikut perintah Ulul Amri, bukan membabi buta' - Ustaz Don minta masyarakat lihat secara matang & hati terbuka - The Reporter

‘Boikot mengikut perintah Ulul Amri, bukan membabi buta’ – Ustaz Don minta masyarakat lihat secara matang & hati terbuka

Ramai yang mula mengambil inisiatif untuk memboikot barang-barang dan produk yang menyokong dan memberikan sumbangan kepada Israel.

Disebalik keprihatinan itu juga, beberapa pendapat dan juga pertikaian mula berlaku apabila wujud sesetengah individu yang seolah memperlekehkan tindakan boikot ini dan tidak kurang juga ada pula yang sebaliknya mengecam beberapa individu yang masih membeli barangan atau makanan yang diboikot.

Mengulas isu ini, pendakwah bebas, Ustaz Don menyatakan isu boikot ini perlu diperlihat dengan pemikiran yang matang dan hati yang terbuka. Ujarnya, boikot juga pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

@suriamalaysia

Cuba fahamkan apa yang cuba disampaikan Ustaz @ddaniyaldbiyajid berkaitan isu boikot barangan atau seangkatan Israel @ajakshiro @shuibsepahtu @surayaborhan #suriamalaysia #segalanyahiburan #morningmorningsuria #dongiveup

♬ original sound – Suria Malaysia – Suria Malaysia

“Nabi biasa boikot sahabat Nabi yang tak turun perang.

“Bila nak boikot buatlah mengikut perintah Ulul Amri yang bermaksud jangan boikot membabi buta.

“Istilah boikot ni besar ada tujuan dan matlamat. Nabi buat kat sahabat dia sebagai pengajaran bukan untuk membinasakan seseorang,” katanya.

Beliau juga memberikan situasi yang dialami oleh pekerja makanan segera yang mengalami situasi yang dikira getir ketika ini apabila masyarakat sudah mula memboikot restoran makanan segera tersebut.

“Kenapa orang hanya tuju kepada fast food semata-mata. Kenapa company-company yang based daripada Israel sendiri kita tak pernah bincang pun. Orang yang pegang CEO Company tu tak pernah pun orang suruh depa letak jawatan. Pada saya, seolah-olah nampak berat sebelah.

“Kita semua maklum cawangan dimiliki oleh orang Islam sendiri, dijaga dan tak diberikan langsung sumbangan dan sebagainya.

“Jangan boikot sewenang-wenangnya kerana kita akan membinasakan institusi kekeluargaan. Antara apa yang kita boleh boikot adalah company besar yang bawa keluar traktor yang bina sempadan, company yang bantu sistem yang merosakkan fahaman,” ulasnya.

Sumber: Suria Malaysia

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!