'Berbaki 284km sahaja lagi sebelum tiba di Gaza' - Musa Nuwayri | The Reporter

‘Berbaki 284km sahaja lagi sebelum tiba di Gaza’ – Musa Nuwayri

Gambar kapal Global Sumud Flotilla menuju Gaza membawa misi kemanusiaan.
Gambar: FB Muhammad Hareez Adz

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Peserta misi Global Sumud Flotilla (GSF), Musa Nuwayri, berkongsi perkembangan terkini mengenai perjalanan konvoi kemanusiaan itu menuju ke Gaza.

Menurut Musa, flotilla kini semakin menghampiri destinasi apabila hanya berbaki sekitar 284 kilometer lagi sebelum tiba di perairan Gaza. Perjalanan itu dijangka memakan masa kira-kira 1 hari 17 jam untuk sampai.

“Berbaki kira-kira 284km sahaja lagi sebelum kami tiba di G. Dijangka 1 hari 17 jam perjalanan. Ya Rabb permudahkan,” tulis Musa dalam satu hantaran media sosialnya.

Baca juga:

Pada Isnin, misi GSF sudah memasuki zon kuning perairan antarabangsa kira-kira jam 9.30 malam waktu Malaysia.

Misi Global Sumud Flotilla disertai aktivis kemanusiaan dari pelbagai negara yang bersatu hati bagi menghantar bantuan terus ke Gaza, selain membawa mesej solidariti kepada rakyat Palestin yang terus berdepan kepungan dan krisis kemanusiaan.

Misi flotilla kali ini turut mendapat perhatian luas daripada masyarakat dunia, termasuk rakyat Malaysia yang mengikuti rapat perkembangan perjalanan mereka. Ramai yang mendoakan keselamatan peserta serta kelancaran misi kemanusiaan itu.

Related Posts