Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sesi penggambaran jenama pakaian di kawasan air terjun bertukar cemas buat pelakon Bella Astillah apabila dia tergelincir di hadapan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan mengalami benjolan besar di bahagian belakang kepala.
Insiden itu dirakam dalam video berdurasi 10 saat yang dikongsi Bella menerusi InstaStory, memaparkan dirinya sedang menuruni batu licin sebelum jatuh secara tiba-tiba. Syed Saddiq yang berada hanya beberapa langkah di belakang, tidak sempat menyambutnya.
“Superman Muar pun tak sempat nak buat apa-apa,” tulis Bella secara berseloroh.


Bagaimanapun, dalam perbualan telefon dengan keluarganya, Bella mendedahkan keadaan sebenar yang lebih membimbangkan.
“Sakit betul masa terjatuh, benjol besar di bahagian belakang kepala. Bahagian belakang dan pinggang tak rasa apa-apa, yang rasa sakit betul di belakang kepala,” katanya.
Baca juga:
- Nash alami serangan jantung, 80 peratus saluran tersumbat
- Siti Nurhaliza terlibat kemalangan, sahkan tiada kecederaan serius
- Anak Norish Karman sebak terima puluhan ribu sebagai gaji daripada Aliff Syukri
Demam, tapi tetap bakal teruskan persembahan malam
Meskipun mengalami kecederaan dan mula menunjukkan simptom demam, Bella dijadualkan untuk tetap membuat persembahan pada malam Sabtu. Perkara itu dimaklumkan oleh pengurus Bella, Nielrafeq, menerusi hantaran di InstaStory miliknya.
“Dia demam sikit. Kesian, nanti malam perform lagi. Doakan Bella guys,” tulisnya.
Sebelum ini, Bella juga memaklumkan akan menjalani pemeriksaan perubatan selepas pulang dari Sabah kerana bimbang risiko darah beku.
Sumber: Instagram Bella Astillah











