Bapa tunggal maut, tak sempat sambut hari lahir anaknya di hospital | The Reporter

Bapa tunggal maut, tak sempat sambut hari lahir anaknya di hospital

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Bangkok, Thailand – Seorang lelaki maut dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke hospital untuk menyambut ulang tahun kelahiran anak lelakinya yang berusia empat tahun.

Lapor portal Thairath, kemalangan itu berlaku pada awal minggu ini apabila motosikal yang ditunggang mangsa bertembung dengan sebuah lori yang sedang mengundur di jalan sempit, kira-kira satu kilometer dari hospital.

Pasukan perubatan yang menangani kes tersebut mendapati, mangsa telah menyediakan hadiah untuk anaknya. Hadiah tersebut berupakan sebuah trak mainan yang disimpan rapi dalam beg galas.

Ibu saudara mangsa, 52, menangis teresak-esak apabila diminta untuk melakukan pengecaman mayat mangsa di lokasi kejadian.

Menurutnya, dia juga sudah membeli kek dan mereka sepatutnya menyambut ulang tahun kelahiran kanak-kanak itu bersama-sama.

Thairath terpaksa meneruskan perancangan itu dan menyambut hari lahir serta menyerahkan hadiah trak tersebut kepada anak saudaranya yang tidak tahu bapanya baru sahaja meninggal dunia.

Difahamkan, mangsa sebelum ini berkahwin dengan seorang wanita dari kampung berdekatan. Bagaimanapun hubungan mereka tidak bertahan lama dan berpisah selepas sebulan anak mereka dilahirkan. Si isteri dikatakan terus pergi meninggalkan anaknya kepada bekas suami.

Merasa hilang arah dan tidak pasti bagaimana mahu menjaga anak kecilnya itu, mangsa merayu bantuan dari ibu saudaranya kerana dia tidak yakin dapat membesarkan anaknya seorang diri. Malah, dia berjanji akan bekerja keras untuk menyediakan keperluan anaknya.

Sejak dari itu, mereka bersama-sama menjaga kanak-kanak itu. Ketika ditahan di wad, mereka juga bergilir-gilir menjaganya kerana tidak mahu kanak-kanak tersebut merasa bersendirian.

Sehingga kini, ibu saudara mangsa masih belum memberitahu kepada kanak-kanak itu tentang berita buruk yang menimpa bapanya.

Sumber: Thairath

Total
0
Shares
Total
0
Share