Bapa pasang CCTV atas kepala anak perempuan untuk pantau keselamatannya | The Reporter

Bapa pasang CCTV atas kepala anak perempuan untuk pantau keselamatannya

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


PAKISTAN – Tular video seorang bapa memasang kamera litar tertutup (CCTV) di atas kepala anak perempuannya, mengundang pelbagai perhatian di media sosial.

Video menunjukkan seorang wanita muda dipasang dengan CCTV di atas kepala. Bapanya memasang alat peranti keselamatan itu kerana mahu memantau aktiviti dan lokasinya.

Perbuatan lelaki itu menjadi topik perbualan hangat di pelbagai platform media sosial. Sejak dimuat naik, video tersebut telah ditonton lebih dari 17,000 kali dengan kapsyen “Next level punya safety”.

Sementara itu, wanita muda berkenaan menjelaskan, bapanya memasang kamera CCTV juga bertujuan melindungi dia daripada kejadian yang tidak diingini.

Malah, dia tidak membantah bapanya kerana percaya orang tuanya berbuat demikian bagi tujuan keselamatan, berikutan baru-baru ini seorang wanita di Karachi telah dibunuh.

Di media sosial, majoriti memberikan emoji reaksi ketawa kerana menganggap situasi itu sangat kelakar. Tidak terkecuali segelintir netizen terkejut dengan tindakan ekstrem lelaki tersebut untuk memastikan anak perempuannya selamat. – Agensi

Related Posts